Disclaimer


aku hanya insan biasa, and im not a dietitian, so far atkins suits me,..i lost 6kgs in 42days,..riceless days but tahap metabolisma setiap org tidak sama,..Atkins best for me but it doesnt mean it best for you. But its nice that ATKINS provides some guidance. bg akak diet adalah ubah tabiat makan dan gaya hidup, anda buat, anda dapat!!! blog ini adalah catatan pengalaman peribadi sahaja

I CLICK, U CLICKS, CLICKS, TQ TQ. MUCHO GRACIAS!!!

Followers

DISCLAIMER ;

this is my personal journal and food diary , how i keep my track, a journey to lose weight, to get my ideal weight, BMI, my own passion and experience with . whatever you do, please consult your doctor first. atkins suits me but it doesnt mean it work for u.follow my diet is at your own risk.

Thursday, August 26, 2010

Oh! Sekadar berkongsi info - JERAT PIL KURUS

myoliza just nak share info newsletter from biovco.com dr inbox, pasal ubat kurus...

PENDEDAHAN akhbar mengenai tindakan Kementerian Kesihatan menyenaraihitamkan 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia beracun termasuk dadah steroid daripada pasaran kerana boleh memudaratkan nyawa pengguna, sememangnya menakutkan.

Namun, lebih menakutkan apabila amaran bahaya pengambilan ubat sedemikian tidak diendahkan ramai demi mendapatkan tubuh langsing dan menawan tanpa mempedulikan kesan sampingan.

Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat. Justeru jika ada jurujual yang mendakwa pil pelangsingnya boleh membantu anda kurus dalam tempoh singkat, janganlah anda mudah percaya. Kurus bukan boleh dicapai dalam tempoh tiga atau empat bulan dengan hanya bergantung kepada pil pelangsing. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet yang terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah diberi dengan kebenaran doktor bertauliah. Dalam kebanyakan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah.


nak baca lagi klik kt sini, sorry tak boleh copy paste, ade protection kot.
happy reading. sharing is caring.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...