Disclaimer


aku hanya insan biasa, and im not a dietitian, so far atkins suits me,..i lost 6kgs in 42days,..riceless days but tahap metabolisma setiap org tidak sama,..Atkins best for me but it doesnt mean it best for you. But its nice that ATKINS provides some guidance. bg akak diet adalah ubah tabiat makan dan gaya hidup, anda buat, anda dapat!!! blog ini adalah catatan pengalaman peribadi sahaja

I CLICK, U CLICKS, CLICKS, TQ TQ. MUCHO GRACIAS!!!

Followers

DISCLAIMER ;

this is my personal journal and food diary , how i keep my track, a journey to lose weight, to get my ideal weight, BMI, my own passion and experience with . whatever you do, please consult your doctor first. atkins suits me but it doesnt mean it work for u.follow my diet is at your own risk.

Friday, February 18, 2011

oh! taknakgemuk day3

sudah hari ke3..
semlm penangan ketosis badan lemah longlai,..tak larat rasa
arini x puasa,..nk makan sedap2...yahoooo

menu breakfast pagi ni: salad +telor 2biji+1biji tomato+1sudu mayo+1mug green tea+air kosong minumlaa byk2 kalau lapar...

lunch hari nii nnt,,,laa pikir dulu, maybe p makan kt istana budaya...or dapur sarawak...


menu : 1kembung bakar+paru+baby kailan+sayur taugeh,+air suam=nyum3
rm6 sahaja

hari ni ade training futsal kul7-8,for friendly match ntt ngan putrajaya holdings,..
[mcm laa akak ni terror sgt main,..kaki bangku jer],,org suh join kita join laa kn,buat keluar peluh boleh laa 

so dinner awal kul6.30 singgah sekejap di dapur sarawak lagiii....
order 1tomyam ayam +1 telor dadar+air suam


sikit jer lauk diaa,..lumayan lagi tomyam akak masak...kan

alhamdullilah, hari ni misi berjaya. tiada kantoi. ade sesiapa mengkantoi kan diri hari niii.
astaga....bawak2laa insaf, kalau kita tak sayang diri kita,..sapa lagi nk sayang.losing weight is not 1day journey. anda buat anda dapat,...

KALAU AMIK TRAINER JILLIAN MICHEAL PUN KALAU SENDIRI TAK DISIPLIN....KITA TAKKAN BERJAYA JUGAK. BETUL TAK,...CHAIYOK! CHAIYOK! ATKINERS. YOUR JOURNEY HAS JUST BEGUN.

Thursday, February 17, 2011

oh! taknakgemuk day2

cabaran hari nii,..pagi2 kepala rasa pening2,,and nk muntah...
dugaan sungguh,..lama x reinduction,..hampir kelupaan rasa yg lemah longlai mcm nii..
huhu...lebih2 berpuasa,..semlm makan sikit ker,..
skrg hampir pukul4,..badan lagi laa rasa tak bermaya,..
tapi macam rasa ketosis sdg bekerja di kawasan perut.
harap myoliza dpt bersabar sampai berbuka.
petang ni nak masak yg berat2 sikit.
mmg cabaran kan,..bila lama tak berKETOSIS.


menu berbuka: 1mangkuk tomyam+1telor dadar+1kembong panfried.kenyang


ni rahsia tauu,..td kwn opis ade kasi popia basah,..huhu so akak amik seketul kecik,..laa buat berbuka...(ramuan dia,telor rebus+taugeh+sengkuang) kwang!kwang!kwang!

p/s.aduuhh,,,mesti jadi "bahan " kat sifu ni kalau dia tahu. huhu....shhhhhhhh

Wednesday, February 16, 2011

Oh! Taknakgemuk journey Day1

yup, the journey start today, 16/2/11 and
will ended on 10/04/11.

malam tadi, sebelum tido makan 2biji telor rebus, and minum air kosong,
niat nk bangun sahur,..tapi x bangun.
[sorry nya, akak dalam tempoh berpuasa]

so - no lunch

dinner/berbuka ~ 7.30 mlm
500ml air kosong sebelum makan
2ekor ikan kembung panfried+sayur bayam tumis air

 alhamdullillah, day1 journey accomplished.

Tuesday, February 15, 2011

Oh! Jom Join Taknakgemuk Diet Group

hi, atkiners semua.
jom ramai-ramai join taknakgemuk diet group. sila hantar penyertaan anda kt sini
tempoh berdiet bermula 16/02/2011 sehingga 10/04/2010.
jom sama2 pantau diet yer....akak nak buang berat 6kg lagi yg degil...huhu
berat sekarang, 56kg.

dah lama tak on track,..asyik mencilok jerr....huhu

semoga akak buat dgn penuh keazaman macam dulu2.

p/s.tapi akak akan diet sambil berpuasa, [nak kena byar puasa,huhu], kita tgk resultnya nanti,..sbb bila berpuasa metabolisma akan menurun.


jom sama kita berdiet.obesiti sifar utk semua.chaiyok! chaiyok!

untuk rekod ukuran sebelum diet:

berat: 56kg
dada: 34
pinggang: 29
perut: 34
punggung : 37




Oh! Kenali sikap diet ikut Bintang Kelahiran

setiap kita ade bintang kelahiran,..jom kita tengok apa kata bintang,..naper kita diet tapi x penah nak jadi....

Aquarius ~ mereka yg berbintang ini cenderung tidak konsisten utk berdiet.
so, kena cari cara diet yg tidak membuatkan anda berasa susah.pilih diet yg mudah utk anda ikuti agar anda konsisten sehingga mencapai sasaran berat badan yg diingini.

Pisces ~ mereka yg berbintang pisces pula sering berasa tidak yakin dgn keupayaan diet yg sdg dilakukan.
so,...pilihlah diet yg menawarkan sistem sokongan dr org sekeliling anda atau luahkan saja hasrat anda dan minta bantuan rakan terdekat berikan sokongan padu kpd anda.

Aries ~ konsentrasi mudah terganggu apabila masih tidak mendapat atau melihat hasil setelah menjalani program diet. ini disebabkan oleh peribadi nereka yg terkenal dgn sikap impulsif atau cepat bertindak terburu-buru.

Taurus ~ bukanlah seorang yg sukakan aktiviti berolahraga. kebanyakkan memiliki tahap metabolisma yg rendah, tetapi mempunai kesabaran yg kuat sehingga menjalani program diet sehingga mendapat hasil yg diingini.

Gemini ~ mempunyai sikap yg kurang sabar. memerlukan sokongan dr seseorang yg mungkin dr bintang taurus, teman yg mampu menenangkan mereka kala gundah. secara keseluruhan, individu berbintang ini memerlukan perubahan dan motivasi yg diperoleh,pasti akan membantu mereka mencapai hasil yg baik dlm proses penurunan berat badan.

Cancer ~ gemar makanan yg berat sehingga terdorong menjadi seorang pemakan yg emosional. untuk mencegah kegagalan diet, so perlu mengikuti program diet dgn makanan yg lebih bervariasi.

Leo ~ lebih cenderung dalam makanan segera. walaupun begitu, mereka sentiasa bersemangat dan semangat itulah yg mendorong mereka berusaha lebih gigih sehingga mencapai kejayaan dlm program diet mereka.

Virgo ~ mempunyai peribadi yg realistik sehingga sanggup mencari cara yg praktikal yg boleh diterapkan dlm dunia realiti. namun sering berharap sehingga mudah putus asa apabila terdapat halangan dalam usaha mereka.

Libra ~ memiliki metabolisma tubuh yg lambat, tetapi apabila mereka bersemangat kental, mereka terdorong utk kuat berusaha dan berjaya. oleh itu, mereka perlu menghindari kata-kata yg mudah dan cepat agar boleh terus berjaya dalam program diet mereka.

Scorpio ~ mempunyai disiplin yg kuat dlm menjalani program diet. tapi mereka mudah berasa tidak puas. jadi, mereka perlu mengelakkan diri drpd berolahraga keterlaluan dan mengurangi makanan yg tinggi kalori.

Sagittarius ~ kelemahan bintang ini adalah terlalu bersemangat dan terlalu yakin. mereka sgt bercita-cita tinggi tp amat kurang sabar. so, mereka haruslah yakin bahawa kejayaan akan datang setelah berusaha walaupun usaha itu sedikit.cuba cari program diet yg mempunyai cara sederhana dan praktikal, diiringi dgn olahraga.

Capricorn ~ merupakan bintang yg baik dalam program diet, tetapi satu-satunya kelemahan mereka adalah sukar untuk menerima teguran, cadangan atau saranan daripada orang lain.


okaylah.tu....akak bintang Capricorn, wink! wink! obesiti utk semua. kita buat, kita dapat. betul tak.

so, cam mn,,,harap info ni leh membantu pada kawan2 yg susah nk diet ,ye.!

sumber: mingguan wanita,bil:1421

p/s. salam maulidur rasul semua. hari ini 12 Rabiul Awal 1432H, hari kelahiran nabi kita.berbanyak selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan , Nabi Muhammad S.A.W.semoga kita semua mendapat shafaat darinya.insyaallah.




jom mari berdiet semua, reinduction,,huhu.berat akak skrg 56kg,..bilaaa nk 50kg yer. kwang!kwang!

Wednesday, February 9, 2011

Oh! Jom mari berdiet...

sebab berat dah naik 2kg,hahahaha...semlm terus berazam
back to low carbs diet,...
so smlm dinner 2 ekor kembong panfried & sayur bayam stirfry jerr


hari ni,..breakfast 2biji telor rebus jerr....nak cepat kan, ringkas campur malas,..bukan2 tanda bahan stok laa...

and  lunch tadi makan sayur kailan &sayur pecal + 1ekor ikan kembung tapi 2sudu nasi,...[selit jugak nasi kat situ,weee weee]

so, dinner malam ni..just kukus ayam jerr...campur bunga kobis+1biji tomato jerrr.


tapi kan,..kt umah nii stok kerepek,kekacang banyak laa pulak,,,dlm tupperwware,..ade gak dok kunyah2 niii.huhuhu.

[huhuhu,..manusia mudah lupa,..bila dah terhantuk baru nak tergadah,...betul tak peribahasa nii,..sekian,karam singh walia melaporkan. MAKAN UNTUK HIDUP. BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN]

P/S.jarum penimbang menunjuk berat akak 57kg,...huhu, cabaran disitu. tapi kawan2 ckp akak tak gemuk pun.tak perrlaa yg penting kita sendiri yg kena control berat kita,..jgn berhantu sudahh,..lama tak on track,,,tergelincir terus,,susah laaa padah nya. terlajak perahu boleh undur,..terlajak berat kena DIET BALIK,ya! sebab kitalah apa yg kita makan.





Tuesday, February 8, 2011

Oh! Olaaa Atkiners....

hi,,kawan2 semua..cam mana diet...
ade baguzzzz...
sapa yg tambah berat...sila angkat tangan,..hehe ;)
almaklumlaa kan cuti panjang....diet pun cuti gak,..
boleh ker cam tuu,..hehe [boleh jer kan]
kita laa apa yang kita makan,...cuti panjang kt kampung
balik KL,,,akak timbang,, berat ade naik 2kg [huwaaaa]
huhuhuhu.....jom kita diet.

DIET = KITA LAH APA YANG KITA MAKAN.

[patutlaa berat akak naik,,sbb dah kurengggg strict dah leni,..but under control]
huhu

selamat berdiet semua. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...