- Apakah 5M?
- 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
- 5M merupakan singkatan bagi:
- Mengurangkan gula
- Mengurangkan garam
- Mengurangkan minyak
- Melebihkan buah-buahan
- Melebihkan sayur-sayuran
- Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?
- Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
- Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
- Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
- Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?
- Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
- Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
- Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
- Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
- Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.
- Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
- Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
- Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
- Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
- Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
- Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
- Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
- Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
- Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?
- Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
- Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
- Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.
- Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
- Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
- Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.
- Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.
- sumber: http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?&id=45
Disclaimer
aku hanya insan biasa, and im not a dietitian, so far atkins suits me,..i lost 6kgs in 42days,..riceless days but tahap metabolisma setiap org tidak sama,..Atkins best for me but it doesnt mean it best for you. But its nice that ATKINS provides some guidance. bg akak diet adalah ubah tabiat makan dan gaya hidup, anda buat, anda dapat!!! blog ini adalah catatan pengalaman peribadi sahaja |
I CLICK, U CLICKS, CLICKS, TQ TQ. MUCHO GRACIAS!!!
Followers
DISCLAIMER ;
this is my personal journal and food diary , how i keep my track, a journey to lose weight, to get my ideal weight, BMI, my own passion and experience with . whatever you do, please consult your doctor first. atkins suits me but it doesnt mean it work for u.follow my diet is at your own risk.
Sunday, November 21, 2010
Amalkan 5M Dalam Diet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak... sy medik student overc so wktu mkn mmg out... bfast mmg sy daa wajib kn amik... cume lunch n dinner xtaw nk mkn pe.... tgh de klas... xde kdai mkn mcm mlysia... klu nk mkn jgak roti je satu2 ny mknn yg halal bole mkn... klu dinner plak, roomate sy msak aym yg de kuah so sy mmg mkn kuah je.... daa 2 mngu bwat diet ni tp still x jd.... xtaw nk bwat pe daa... nk sgt akak bg idea n tlog sy.... tolong la.... sy daa malu owg cbuk kate sy bulattt!!!
ReplyDeletecik anon,..
ReplyDeletepaling senang u boleh bawak bekal, omellete n salad, or bekal telor rebus, n salad.if masak ayam or ikan berkuah,..makan lauk jer,..kuah x yah makan.mmg kat kedai susah nk cari makann diet,..so its better to do your breakfast.
good luck, eat healthy , u will lost naturally.